Saturday 31 March 2012

PROGRAM MAHABAH SEKOLAH DATO' PENGGAWA BARAT BERSAMA MAAHAD PONTIAN

Pada hari Khamis 22/3/2012 , Kelab Kaunseling telah mengadakan lawatan ke Sekolah Dato' Penggawa Barat.Program ini dinamakan program Mahabbah antara Sek. Men. Dato' Penggawa Barat & Maahad Pontian.Kami diberikan sedikit tips mengenai bagaimana menjalankan ukhuwah mahabbah antara satu sama lain.Disamping itu, bekas  pelajar cemerlang SMDPB 2011 dijemput tanpa diduga dan kami diberikan sedikit tips bagaimana mereka berjaya di dalam perperiksaan besar (SPM).











menuju ke bilik kaunseling SMDPB

peace !

senyum

Terima Kasih kepada ahli kelab kaunseling SMDPB yang telah menyambut kedatangan dengan baik.Semoga pada hari yang akan datang kita dapat mengadakan progam seperti ini lagi.

LATIHAN MENEMBAK DI PADANG SASAR IPK MELAKA

Pada hari sabtu 10,mac,2012... pasukan kadet polis maahad pontian mengadakan latihan menembak di IPK   
Melaka.Mereka bertolak daripada maahad pontian seawal jam 5.00 pagi, kemudian berhenti di mesjid untuk menunaikan solat subuh.
Dalam bas pukul 5, Mane la mesjid ni? nak solat ni..


Setibanya Mereka disana, salah seorang pegawai memberi taklimat kepada mereka tentang langkah-langkah keselamatan dan cara menembak.
   M-16
                                                             
Target yang akan ditembak

                                                                 
 Sarjan memberi arahan
                                                 
taklimat tentang cara menembak~ khusyuk~
                                               
  Acara tembak menembak bermula,,~seram woo
                                                             
Peluru hidup, kalau kene ni ,berdarah
ni nama dia MAGAZINE

                                                             
khusyuk menembak
                                                   
 tunggu giliran~ aduhs pnat nya~

Aksi guru-guru dan staf-staf maahad pontian

                                      ustaz kita BOLEH!!,, walaupun sudah bergelar guru veteran
                                           
  tembak jangan tak tembak ustaz
                               
untuk keselamatan kerongsong peluru yang digunakan mesti diketuk..

Pada jam 2.00 petang, Mereka bertolak dari IPK melaka dan terus kembali ke maahad pontian, ada cadangan untuk singgah ke bandar hilir ,, oleh kerana ada sebab-sebab yang tidak dapat dielak,, maka mereka terus kembali ke Maahad pontian..

keputusan SPM 2011

Pada 21 Mac 2012 , merupakan hari yang sangat dinanti nantikan oleh semua pelajar yang menduduki spm pada tahun 2011 . Pada hari tersebut juga kita dapat saksikan pelbagai mimik muka ex candid spm 2011 yang bermacam ragam . Tahniah diucapkan kepada calon yang berjaya mendapat keputusan cemerlang . Maahad Pontian pada tahun ini hanya meraih seramai 3 orang sahaja yg memperoleh 8A di dalam keputusan SPM iaitu Muntazir Khairuddin , Syahir azman dan Nurul Izzati Ismail .Berikut ini lah wajah-wajah pelajar yang sudah pn ambil keputusan spm pada hari tersebut .








Apa pun keputusan yang anda dapat , bersyukurlah dan reda atas
apa yang telah diberikan .
Gagal sekali , tidak bererti gagal selamanya.
Teruskan perjuangan anda untuk sampai ke destinasi yang berikutnya.
Kepada calon spm 2012 , berusahalah dan giliran anda untuk 
menaikkan nama sekolah pada tahun hadapan.


inna a'malu binniat
man jadda wajada , waman zaroa' hasoda

Friday 30 March 2012

~IHTIFAL ILMIAH PERINGKAT SEKOLAH~

Pada  /2/2012 , program ihtifal ilmiah telah dijalankan di Mahaad Pontian . Objektif program ini dijalankan adalah untuk mencungkil bakat2 yang terpendam yang telah sedia ada pada diri pelajar Mahaad Pontian .
Pelbagai acara yang telah dijalankan .Berikut adalah wajah -wajah para pelajar yang telah pun menyertai program tersebut.











Alhamdulillah , program tersebut telah berjalan dengan lancar . Syukran kathiran kepada para pelajar yang telah memberi kerjasama & komitmen dengan baik sepanjang program ini dijalankan. Tahniah juga kepada para peserta yang telah berjaya .Semoga ianya memberi manfaat kepada kita semua.Insyallah...












IHTIFAL SUKAN PERINGKAT SEKOLAH


Pada hari khamis 9 februari 2012, maahad pontian telah mengadakan  ihtifal sukan peringkat sekolah. Acara pembukaan ihtifal sukan ini di mulakan dengan program merentas desa.Rumah sukan yang terlibat dalam acara ini ialah Al Biruni(biru) Al farabi(merah) Al khindi(hijau) dan Ar razi(kuning). Acara ini berlangsung selama tiga hari. Penutupan majlis ini dengan rasminya ditutup oleh ustaz Ahmad Paiman Bin Sajimin.

                                     Hah! spike bola tu...
                               Tunggu pihak lawan~Fokus-fokus
                                Penonton memberi sokongan
                                 Penat main... Lepak~
Aik? acara apa pula ni?? ada dipertandingkan ke? ^_^

MINGGU TAARUF DAN ORIENTASI MAAHAD PONTIAN

Selepas kemasukan pelajar Tingkatan 1&6 bagi tahun 2012,kami telah mengadakan sesi minggu taaruf bersama fasilitator yang terlibat.Program ini dijalankan selama 4 hari dan yang terlibat menjalankan program ini juga seperti jemaah pengawas , majlis perwakilan pelajar dan pelajar tingkatan 5.



khusyuk



kerjasama


menyanyi ke ?









Semoga adik-adik dan kakak abang semua gembira .Ukhuwah yang telah terjalin ini akan memberikan sedikit kemanisan iman yang telah terbina antara kita di Maahad Pontian.Terima kasih juga atas pengorbanan fasilitator yang terlibat walaupun ianya bukan kehendak kita.